11 June 2017

Learn How To Appreciate


Tak kesahlah siapa pun yang datang dalam hidup kita, kekal atau sementara. Hargai mereka.

Tak kesahlah apa pun pemberian orang pada kau, murah atau mahal. Hargai pemberian itu.

Susah ke untuk kau menghargai? Aku tak mintak kau buat banyak untuk kau hargai sesuatu tu. Kalau member/family kau. Cukup lah kau ada dengan diorang waktu susah senang diorang. Jangan bila kau senang kau lupa diorang, bila kau susah kau cari. Hargai ke tu? Kau jangan assume semua orang boleh terima bila kau buat macam tu dekat orang. Kadang-2 manusia ni cuma taknak kau buat diorang ni macam tempat hilang bosan. Jadikan mereka sebagai orang yang kau akan create kenangan sama-2, bahagia sama-2, sedih sama-2.

Kalau hadiah, hargai lah dengan ucapan terima kasih dan kau simpan elok2 barang tu atau kau pakai barang tu. Bukan bila dapat barang yang kau rasa 'murah', kau be like "hekeleh setakat benda ni aku boleh beli sendiri lah". People, learn to appreciate. Kau tak tahu kesusahan dia kumpul duit nak beli hadiah 'murah' tu untuk kau :) . Bukannya mintak kau post dekat twitter, instagram pun bagi semuaorang tahu. Tak bukan tu yang diperlukan untuk rasa di hargai.
"Tapi bila aku stress, bila aku down, takde siapa ada dengan aku"
Cuba tanya diri sendiri. Masa kau bahagia, kau ada dengan mereka tak? Atau bila tengah bahagia kau dengan orang lain, bila dah bersedih mengharapkan orang lain ada bersama kau? Hahaha kelakar kan.

Benda ni pernah terjadi dekat aku. Dulu aku ada sorang member, lelaki. Bila sedih aku cari dia, bila bahagia aku cari dia. Aku cerita semua benda kat dia. Yes, almost everything. Dia pun sama. Tapi sampai satu masa, dia jumpa 'orang lain' yang mampu dengar segala luahan dia, rasa hati dia. Dia dah jumpa 'someone special', apa jadi kat aku? Haha dia tinggal aku macam tu je :). Aku terus hilang orang yang aku sayang, yang aku percaya, yang aku boleh cerita segala macam benda dengan dia. 

Aku bukannya mengharap dia anggap aku macam girlfriend, tak. Memang tak pernah terlintas pun aku akan simpan perasaan kat dia. Aku anggap dia as my bestfriend. Tapi sekelip mata aku hilang dia. Apa rasa dia bila jadi benda ni kat diri kau? Sakit kan? Yes its hurt me so much.

Sebabtu, aku tak suka bila orang tak pandai nak hargai kawan baik, kawan, family or sesiapa je lah. Sebab aku dah pernah rasa macam mana sakit dia. Maafkan aku kalau 'kawan lama' aku terbaca post ni dan terasa hati. Bye, selamat berpuasa!


Thanks spend your time here . Do follow and leave a tag ;)