11 April 2017

April !


Pejam celik pejam celik eh dah bulan 4 laaa. Nasib baik celik takut pejam tak celik-celik pulak. kahkah! Tak lama dah ni nak habis sem 2 aduh terasa dah tua. Yet still feeling young, act silly in public but at least I be myself lol. 

Pernah kenal manusia A C A H ?

Acah tu apa? alaaa dia lebih kurang bajet-2 cool gitu. Haaaa dalam dunia ni ada banyak jenis manusia aku tak suka (lel macam orang suka kau pompuan!) hehe. And salah satu species aku tak suka is manusia yang acah. Acah handsome, acah ayu, acah baik, acah memang semua acah aku benci. Bukan nak cakap apa lah kan, cuba lah jadi manusia tu jangan hipokrit!!!

Kadang orang hipokrit ni buat aku rasa meluat rasa nak terajang! (eh apehal sis emo ni?) Hiks! Bayangkan lah depan lecturer depan, depan acik cafe, depan pak guard, depan aku baikkkkkk budi pekerti nya. First class kateko! Tapi bila belakang hmmzzz sama je setan nya tu dengan aku.

WOI MENGAKU DIRI SETAN KE ALEEZA? Hahaha. Yelah aku mengaku aku ni perangai tak lah macam malaikat. Aku memang jahat sebabtu aku tak suka jadi hipokrit dan tak suka manusia hipokrit, Allergic you know? Cuba. Cuba okay cuba jadi diri sendiri. Tak perlu nak susah-2 kan diri nak berlakon jadi orang lain. eh susah-2 je lah kau berlakon, takde sape nak bayar gaji ko!

Laaaaaaaaaaagi satu! Kenapa mesti nak rasa diri tu perfect sangat? Kenapa mesti nak pandang sampah kat orang yang macam aku (yang tak berapa nak baik ni). Memang kalau kau dah sempurna dalam menutup aurat tu, kau rasa dah cukup sempurna. Eh yes maybe sempurna fizikal kau, tapi rohani kau? Tepuk punggung, teruskan kentut :)

Dulu (2010,2011) aku pernah bertudung labuh, sentiasa ber-tracksuit, berhandsock dan berstokin. Tapi at the same time, aku punya kelakuan dan sifat dalaman aku tak selari dengan pemakaian aku. Habistu kenapa taknak ubah dalaman instead of kau ubah pemakaian kau yang sekarang? Hmm pernah ada orang tanya kat aku..

"Kenapa kau tak macam dulu? Mana pergi semua tu?

Susah soalan ni nak jawab. Tapi pokok pangkal nya tu semua terletak kat hati. Nak cerita tapi nanti macam buka pekung di dada. Kan? Takpe lah bila dah ada jawapan yang pasti, aku jawab soalan ni. Tapi aku yang sekarang tengah cuba nak cari balik diri aku. Cari dan gali diri sebenar aku dan aku harap aku tak jumpa 'diri orang lain'. Takut kalau terbenci diri sendiri sebab berlaku hipokrit to myself. 

Selamat Malam.

Aleeza,12:13 am.

Thanks spend your time here . Do follow and leave a tag ;)

0 Comment:

Post a Comment