11 April 2017

April !


Pejam celik pejam celik eh dah bulan 4 laaa. Nasib baik celik takut pejam tak celik-celik pulak. kahkah! Tak lama dah ni nak habis sem 2 aduh terasa dah tua. Yet still feeling young, act silly in public but at least I be myself lol. 

Pernah kenal manusia A C A H ?

Acah tu apa? alaaa dia lebih kurang bajet-2 cool gitu. Haaaa dalam dunia ni ada banyak jenis manusia aku tak suka (lel macam orang suka kau pompuan!) hehe. And salah satu species aku tak suka is manusia yang acah. Acah handsome, acah ayu, acah baik, acah memang semua acah aku benci. Bukan nak cakap apa lah kan, cuba lah jadi manusia tu jangan hipokrit!!!

Kadang orang hipokrit ni buat aku rasa meluat rasa nak terajang! (eh apehal sis emo ni?) Hiks! Bayangkan lah depan lecturer depan, depan acik cafe, depan pak guard, depan aku baikkkkkk budi pekerti nya. First class kateko! Tapi bila belakang hmmzzz sama je setan nya tu dengan aku.

WOI MENGAKU DIRI SETAN KE ALEEZA? Hahaha. Yelah aku mengaku aku ni perangai tak lah macam malaikat. Aku memang jahat sebabtu aku tak suka jadi hipokrit dan tak suka manusia hipokrit, Allergic you know? Cuba. Cuba okay cuba jadi diri sendiri. Tak perlu nak susah-2 kan diri nak berlakon jadi orang lain. eh susah-2 je lah kau berlakon, takde sape nak bayar gaji ko!

Laaaaaaaaaaagi satu! Kenapa mesti nak rasa diri tu perfect sangat? Kenapa mesti nak pandang sampah kat orang yang macam aku (yang tak berapa nak baik ni). Memang kalau kau dah sempurna dalam menutup aurat tu, kau rasa dah cukup sempurna. Eh yes maybe sempurna fizikal kau, tapi rohani kau? Tepuk punggung, teruskan kentut :)

Dulu (2010,2011) aku pernah bertudung labuh, sentiasa ber-tracksuit, berhandsock dan berstokin. Tapi at the same time, aku punya kelakuan dan sifat dalaman aku tak selari dengan pemakaian aku. Habistu kenapa taknak ubah dalaman instead of kau ubah pemakaian kau yang sekarang? Hmm pernah ada orang tanya kat aku..

"Kenapa kau tak macam dulu? Mana pergi semua tu?

Susah soalan ni nak jawab. Tapi pokok pangkal nya tu semua terletak kat hati. Nak cerita tapi nanti macam buka pekung di dada. Kan? Takpe lah bila dah ada jawapan yang pasti, aku jawab soalan ni. Tapi aku yang sekarang tengah cuba nak cari balik diri aku. Cari dan gali diri sebenar aku dan aku harap aku tak jumpa 'diri orang lain'. Takut kalau terbenci diri sendiri sebab berlaku hipokrit to myself. 

Selamat Malam.

Aleeza,12:13 am.

Thanks spend your time here . Do follow and leave a tag ;)

14 February 2017

NEW SEMESTER


Bismillah. Haaaaa tu diaaaa new semester bak hang. Makanya 11 February 2017, berakhirlah cuti semester 1 aku selama sebulan. "Apa je kau buat Jaa cuti sebulan?" .. Hehehe tanya aku buat apa? Seorang Aleeza tak mungkin lah belajar memasak haha. Aku ada lah kerja ambil upah buat project orang sediakan flyers, slide, so on.. Boleh lah cari duit buat bayar bil telefon sikit :P .. The rest of the days? Haaaaaa aku siapkan ambil lesen motor aku yang dah tergendala sejak bulan Julai 2016 fuhh fuhh!!!

Amacam lesen? Alhamdulillah. Dah berjaya lulus motor dengan sekali percubaan. Cuak gilaaa masa lalu titian as-sirat (gurau) hihi.. Sebab sebelum ni kalau belajar motor for the first round lalu titi mesti jatuh. TAK PERNAH TAK JATUH. Masa hari kejadian ujian JPJ tu aku bersyukur sungguh! Maka secara rasminya, aku dah ada lesen motor kereta (B2 and D) YEAYYYYYY! *over*

Tak sah kalau tak baking cake kalau cuti panjang! Mesti punya nak membaking. GOD I LOVE BAKING SO MUCH! haha percubaan pertama aku, buat puding karamel, puding roti, congo bars, last but not least Oreo Cheese Cake ! This one memang aku puas hati sangat dengan air tangan sendiri. Resepi aku mintak dari one of my classmate (adriana). Thankyou! Nak rasa? maka boleh lah buat tempahan yee hehehehe..

Dan masa tengah bercuti tu juga lah result final exam semester 1 keluar! HAHAHAHA aku bersyukur dengan result yang aku peroleh. Hmzzz selari dengan usaha aku yang tak nampak usahanya pun! (you know what I meant). At least melepasi target aku which is 3.20 . Aku bukan macam student lain target 4.0, dean list, whatsoever. Bagi aku, biar aku target yang aku rasa semampu diri aku. Untuk 1st semester ni, cukup setakat ni. haha will try to gain more and improve it. InshaAllah :)

N E W    S E M E S T E R    ? ? ? ? MashaAllah boleh pengsan tengok kepadatan jadual. Kalau semester 1 dulu banyak gap, tapi kali ni *geleng kepala* .. Hahaha Tapi takpe, kita cuba tengok dulu mampu tak aku harungi semester baru ni? Nak tahu? Wait for my next entry. Maybe 3 months later hahahahaha Till here ! Goodbye and xoxo :*



Thanks spend your time here . Do follow and leave a tag ;)