14 November 2016

Assignment?


Dulu masa sekolah rendah, I still remember. Aku rasa tak sabar sangat sangat nak habis sekolah sebab kononnya sekolah ni mengongkong, tak bebas macam Universiti life. Tapi sekarang bila aku sendiri yang berada kat Universiti, baru aku faham. Hidup ni tak mudah, tak semua benda kita boleh perolehi dengan sekadar berkata-kata. Aceeeeeewah. Apesal macam formal sangat ni? aduh...

Sekarang aku rasa, aku nak kembali ke alam kanak-2 aku which is my primary school life. Seriously walaupun masa sekolah rendah, kehidupan aku di penuhi dengan penampar cikgu-2, rotan buluh, pembaris kayu, balingan kerusi, hentakan meja. At least semua tu tak mengganggu emosi and mental aku. Faham tak apa aku cuba sampaikan ni? haha

Laiddis, bila dah masuk Universiti ni rasa dia lain sangat. Nak cakap banyak assignment tu, emmm takde lah sangat. Kau kena pandai-pandai hidup lah senang cakap. Kalau kau rasa kau nak berjaya, then kau buat lah tutorial. Kalau kau rasa kau dah hebat, lantak kau lah nak buat apa pun. Gittuw! Jenis aku ni pulak, kena ada orang yang push aku suruh buat itu ini, then aku buat. Kalau tak?

Haaaa jadi lah macam sekarang ni. People busy buat assignment, study pe bagai, aku? Yes I am here updating my blog hahaha! Bukan lah aku tak study langsung, tapi jenis aku ni kalau study, last minute. Jarang lah nak buat early preparation ke apa. Satu lagi hal aku ni, kalau time cuti midsem. Like the previous midsem, naik je cuti lecturer semua bantai buat test itu test ini. 

Hmmmm dapat pulak student jenis aku, kalau cuti memang betul-2 aku memakna kan maksud cuti tu. No assignments, no notes. Just me and my gadgets. Seriously ni memang pesen aku since aku sekolah menengah lagi. Jarang aku nak bukak buku time cuti-2 ni. Prinsip aku, cuti is cuti and belajar is belajar. Tapi kadang-2 dia jadi belajar is main main hehe..

I know perangai seorang student macam aku ni memang teruk, and just dont copy this attitude if miine. Aku still tak mampu nak ubah cara aku belajar, cara nak arrange time semua. Entahlah, kadang-2 aku rasa aku ni macam dalam alam mimpi. Like betul ke aku ni dah degree? Betul ke aku ni ada kat UTM sekarang? Tak bermimpi ke aku ni? 

Aku rasa lost in everything I am done here. Aku hilang seorang Aleeza waktu kat matriks masa sem 2 dulu. Which is aku ada kesedaran diri, aku rajin stayup sampai 3/4 pagi sebab study. Kat UTM? memang lah aku stayup sampai pepagi buta, tapi aku on the phone (OTP) bukan study hehehe. Teruk sangat sangat nih. Kadang-2 penah jugak terfikir, apa nak jadi dengan diri aku ni? Tapi tu semua cuma singgah untuk beberapa saat je dalam kepala otak aku. Then semuanya pergi mengikut arus deras hawa nafsu. cehceh ayat kau!

Aku cuma berharap, aku mampu ubah diri aku. Aku mampu motivate myself. Motivation daripada orang luar dah tak makan dek telinga dah. Rasa kebal macam ada ilmu kebal pulak haha. Okay till here. I wish one day aku mampu menulis kat blog ni tentang kejayaan aku, and not my failures. Thats all, byebye :D

Yang lalai,
Ijaa

Thanks spend your time here . Do follow and leave a tag ;)