20 September 2014

Hidup

Hidup..
Bila semua bicara tentang hidup, dah tentu mereka lebih memilih bahagia daripada derita. Tapi.. Dapat ke kita miliki apa yang kita inginkan? 😊

Bercerita tentang hidup. Walau aku baru hidup 17 tahun belum cukup sepenuhnya lagi, tapi dah bermacam-macam karenah manusia yg aku dah hadapi . Kuat ? Kalau nak bercerita pasal kekuatan, jujur. Aku tak cukup kuat. Terkadang rasa macam aku dah rebah menyembah bumi. Tapi aku tersedar semula. Aku perlu berdepan dengan pelbagai halangan untuk aku bertemu kebAhagiaan .

Aku bangkit..
Ye aku bangkit. Dengan kekuatan yang masih bersisa. Aku bangkit dengan sendiri. Meski hanya aku yg menjadi tempat untuk menolong diri sendiri. Tapi apalah sangat dengan diri ini. Walau sebanyak mana pun tenaga yang aku miliki. Aku tetap akan rebah semula. Jika ombak berterusan membadai diri.

Manusia..
Tidakkah kau penat, menyusun langkah semata-mata melihat kehancuran aku? Aku wanita. Aku manusia biasa. Aku tiada daya mahu melawan mu. Cukuplah. Hentikan langkah mu itu. Jika kemenangan yang kau ingin kan. Ambillah, jika kebahagiaan ku pula yang kau mahukan. Milikilah. Aku rela tiada punya apa asal hidup ku bebas. Daripada tsunami yang mengganas.

-leeza- 


Thanks spend your time here . Do follow and leave a tag ;)

0 Comment:

Post a Comment