23 September 2014

Bahagiaa..

Aku toleh kiri ..
Aku toleh kanan..

Aku lihat ramainya orang tersenyum
Tersenyum di samping tersayang..
Tersayang?
Oh aku tidak meletakkan maknanya pada
Satu benda sahaja..

Mungkin tersayang itu rakan
Mungkin juga jiran
Dan mungkin keluarga..
Atau kemungkinan pacar?
Haha itu aku tak peduli 😊

Melihat kegirangan mereka
Terselit sedikit cemburu
Adakah tersisa kebahagiaan
Buat diri aku ini?

Jika ada, kenapa aku tidak merasakannya?
Jika ada, ke mana pula ia sembunyi?
Jika ada, apa buktinya?

Oh aku mungkin tak sedar..
Waktu ini aku sedang kecapinya
Manusia.. Biasalah...
Di depan mata di pandang sepi
Yang tiada di cari-cari 😄

Terima kasih padaMu Ya Allah
Kerana meminjamkan
Insan-insan yang sering
Mewarnai hariku...

Thanks spend your time here . Do follow and leave a tag ;)

0 Comment:

Post a Comment