27 January 2013

Tahun Lahir Kalendar Islam

Ahaiii ! Hari ni nak sharing macam mana nak tahu tahun lahir kita mengikut kalendar islam ! Aku dah cek dan hasilnyaaaa. . 
Wowww Hari Jumaat 26 Sha'baan 1418 A.H ;) ehee betol ke ni ? Aku rasa betol . Sebab apa ? Menurut apa yang mak aku cerita , aku di lahirkan pada hari jumaat , 26 December 1997 pada jam 11.10 pagi . heww . Mak cakap dah nak dekat ke tengahari . Nasib aku tak lahir tengahari kalau tak aku ni mesti degil >_< ehekk ! Makna nya sekarang aku baik lah kan ? Tak degil ! Yeayyyyy !

Korang nak cek jugak ? Tekan SINI ! Ehh dah cek , komen taw . Share-2 lahh nak jugak tau :P ehehe . Okay i think that's all byeeee !

Thanks spend your time here . Do follow and leave a tag ;)

21 January 2013

Semenanjung Mareeee ~


Yoww ! Abah balik je kerja . . . . 
Abah : Ijaa . Line wifi dah okay ke belum . 
*dalam hati 'abah jangan kacau aku nak online' *
Aku : Dahh baru je tadi okay . Nape ?
Abah : Tengok tiket balik . 
*dalam hati 'woww jadi balik ke' *
Aku : Air Asia ke MAS . 
Abah : Kaya abah nak naik MAS 
Aku : !#$%^&( HAHA ! 

Kiheee xD Sebelum-2 ni naik dari Tawau . Tapi kali ni abah nak try naik Sandakan . Puheee ni yang syok nih . Sandakan bandar best sikit dari Tawau . So dapat ngonjeng-2 bandar dulu hekhek ! Tak mahal sangat lahh ek tiket ni huhaiyy . . Yeayy dapat balik ! And one more info . KAMI SEKELUARGA DAPAT PINDAH SEMENANJUNG semula . !!! Just tak tau pindah mana je . xD Negeri Sembilan out of list sebab dah takdok pejabat Felda Farm kat sana . Sekarang ni pilihan antara Kuala Lumpur or Pahang . So which one should we choose ? ? ? ____________ 



Thanks spend your time here . Do follow and leave a tag ;)

19 January 2013

Istikharah Cinta ♥

*Waalaikumsalam 

;) Ahaii ! Ada dengar lagu blog aku sekarang ? aww :* sedap kan ? The first time aku dengar lagu blog ni masa jejak blog kak Irine . Kenal tak siapa ? Nak lawat blog dia ? Blogger femes ni :* TEKAN SINI Ahaa Komfom melting kan dengar lagu ni . I don't know why first time dengar lagu ni hati rasa lain sangat-2 . Tertarik dengan lagu ni ;) Ouhh okay laa bye ~

Thanks spend your time here . Do follow and leave a tag ;)

11 January 2013

Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar



Yezzaaaa ! Aku dapat masuk sekolah teknik . Masalah nya sekarang , aku tak tau sama ada nak pergi atau tak . Bingung pening bingung pening bingung pening ! ._. aaaaa ! Okay aku rasa berbelah bagi nak pergi atau pun tak . sebab . Look . Kalau aku pergi , nanti tiba-2 permohonan MRSM aku di luluskan . Nahh kan susah . heshh . Tapi kalau aku tak pergi , di buat nya diri aku ni TAK LAYAK untuk ke MRSM . terpaksa lahh aku stay SMK Desa Kencana jee -,- Tak nakk tak nakk !

Aku kebingungan . What should I do ? kalau dekat Ampangan , dekat dengan akak aku . My both sister kerja dekat Senawang . so , walaupun jauh dari mak,abah . Aku still ada akak-2 aku dekat sana . Tapi tarikh pendaftaran nya 21 Januari 2013 . My gotchaaa . Kalau aku nak pergi pun macam tak sempat . Tiket flight nak ke semenanjung tak urus kan lagi . benda-2 lain lagi nak di uruskan . Heshhh [aku.stay.sabah] arrr . So dengan segala hormat nya AKU MENOLAK PENAWARAN INI =D


Thanks spend your time here . Do follow and leave a tag ;)

07 January 2013

Noob [newbie]

Ahai. Hello. Sekarang lebih kerap aku boleh update blog. Hehe guna fon saje. N sejak aku guna fon ne, kerja aku melukis je. Nak tunjuk ne. Xkira ah cantik ke tak. Nak jugak tunjuk. Hehe

Omey tak? Ada jugak yg kawan2 aku lukis. Lgi la tomey2.


Thanks spend your time here . Do follow and leave a tag ;)

05 January 2013

Samsung Galaxy Y milikku juaa

Waalaikumsalam warahmatullah hiwabarakatuh ;) aku tolong jawab kan . Aku tau biasa orang yang membaca ni jarang menjawab salam kankan ? Heww ! Back to the topic . Samsung galaxy Y ? Yess ! Hari ni 5 January 2013 . Akhirnya aku dapat apa yang aku idamkan . Sebenarnya tak lah mengidam sangat Galaxy Y ni haha ! Actually aku just nak handphone yang ada 'wifi' memandangkan rumah aku sekarang ni pun pakai wifi kan . hehe . Mula-2 macam nak beli Corby II jee . Then lepas fikir-2 balik . Beza harga corby dengan Galaxy Y tak jauh sangat ! So decide beli Galaxy Y laa . Nak tengok ? 

Muheheh Shomey takk ? Pink colour gituu . Act, memang aku nak warna pink . Tapi kan masa sampai kat kedai dah . Abah kata jangan warna pink . T_T and I feel like . WHATT ? That's mine ! So up to me laa nak warna apa ! Cehh kwaja lah pulak haha . Then orang kedai tu kata , warna lain takde . Yang tinggal warna pink je . Alhamdulillah :) hehehe . So tanpa cakap banyak , terus je laa jadi beli . hihi . Berapa ? Alahh . Aku tak lah kaya macam orang lain heww . Berapa tu rahsia laa =P kiheeee

Then ! Aku dah buat spectacle baru wooo . Smartt ! Warna hijau+hitam . Even aku tak suka warna hijau . ahh bantai laaa . haha ! meh tunjuk gambo jap . .


Smart sikit laa daripada yg lepas . Before ni aku punya warna maroon . Mahal woo yang tu . Buat masa tahun 2010 dulu hihee . Opsss orang kedai tu kata kan , rabun aku dah makin teruk . double what ? 400 lebih dah power aku . Ehh tak tau belah mana . Tapi yang pasti belah kiri lebih teruk . Yang lagi pasti , dua-2 belah 400 ++ tak tauuu . haha ! Silau pulak 70 . wuhooo . So lepas ni , nak update blog pun kena lah pakai spectacles ni hihaiyyy ;) 

Then , tadi pun aku memang menghabis kan duit bapak aku betul ! Haha ! 


Hohoo nah kauu ! Berderet buku rujukan . Ngeheee ~ Actaully ada cikgu cakap tak payah beli buku rujukan . Untuk subjek ape entah . tapi aku beli je . ehh ikut suka aku laa . Duit bapak aku hahaha ! Yang jalur-2 hitam merah tu , fail heee ~ Omey jeee . kiheee okay laa byee ~ *nak.update.fon.baru* kecohhh !


Thanks spend your time here . Do follow and leave a tag ;)

04 January 2013

Pelajar Belajar Tidak Menggunakan Mata , BERJAYA !


Belajar tidak menggunakan mata ? Macam mana tu ? adakah pelajar itu butaa ? Atauuu ? . . . . . . 

Hohoo . Actually ni berkenaan dengan diri aku sendiri jee . As well you know , aku mempunyai masalah RABUN yang sudah sampai ke tahap KRITIKAL . Kenapa aku cakap kritikal ? K let's me story first ;)

2009 - Masa ni masalah rabun memang dah ada . Tapi tak terok sangat . Kira nya baru tahap 1 laa rabun aku masa ni . Kalau tak pakai spek mata pun still boleh nampak apa yang di tulis di whiteboard. But sometime agak kabur-2 . . isokayy aku still boleh tahan dengan mata ni :)

2010 - Rabun terok sedikit . Masa tuu pulak sekolah macam agama-2 gitu . jadi ikut sunnah , lelaki duduk depan , perempuan belakang . Lagi lah aku tak nampak apa yang ada kat whiteboard . Masa tu rabun takde lah terok macam sekarang . Masih boleh nampak dan cam wajah seseorang melalui jarak jauh . So start 2010, aku guna spectacles [kaca-mata] .

2011 - Masuk tahun ni , rabun dah semakin lah terok . Even dalam kelas aku duduk paling depan sekali , dan masih menggunakan kaca-mata yang sama . Tetapi masih lagi kurang jelas pandangan aku . Start dari tahun ni , aku belajar dengan menggunakan mata kawan aku . Maksud nya, Waktu belajar aku tak pandang whiteboard . Hanya salin semula apa yang kawan sebelah tempat duduk aku tu salin apa yang ada kat whiteboard . Thanks to Nafisah dan Farah sebab meminjam kan mata korang untuk aku . =)

2012 - Mata aku memang dah tahap maksimum rosak nya . Aku langsong tak nampak muka orang dalam jarak yang tak berapa nak jauh . Belajar ? Aku duduk di belakang sekali memandangkan aku lambat daftar ke sekolah tu, jadi hanya tempat duduk di belakang sekali je yang kosong . Tahun ni , 100% daripada apa yang aku pelajari adalah daripada pertolongan pinjaman mata kawan-2 yang duduk dekat dengan aku . Especially Najiyah dan Syakira . Terima kasih . ;) Tahun ni jugak , aku mengalami masalah rabun dekat . Kadang-2 kalau menulis , aku sendiri tak nampak apa yang kawan sebelah aku tulis di buku . Padahal dah jarak dekat . Huhhhh and one more thing aku ni rabun silau . ._.

Tapi Alhamdulillah dengan pertolongan diorang yang sanggup meminjamkan mata diorang untuk aku , aku berjaya dapat result yang agak memuaskan dalam PMR tahun 2012 dengan score 7A . =) Sangat-2 bersyukur . Walaupun aku belajar menumpang mata orang lain . tapi masih boleh berjaya . Terima kasih kawan-2 aku yang meminjamkan mata korang untuk aku . Jasa korang teramat lahhhhh ternilai . Tanpa mata korang , mungkin sekarang aku tak berada di kelas 4 Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana ;)
T E R I M A  K A S I H

Thanks spend your time here . Do follow and leave a tag ;)

02 January 2013

Semakin Bankrup !


BANKRUPT ?


Hohoo . RM50 ? Yeee Itu nilai gaji aku untuk satu bulan pada setiap bulan . Ehh gaji ? Aku kerja ke ? Haha ! Idokk lah ! Actually aku duduk lepak rumah , pergi sekolah belajar , lepas tu lepak rumah lagi . Tu je kerja aku . Tapi dapat gaji dari abah aku ^◕‿◕^ . Memang WAJIB yee mahsyuk poket aku setiap bulan . kalau tak masuk poket aku . Herhhhh jangan harap lahh aku ni nak jadi rajin kat rumah wahaha ! Kejam tak kejam tak ? muhehe . Tapiiiiiiii . Aku dah jadi semakin bankrupt bilaa . . . . . . . . . . 


Jyeahhh ! Income RM50 tolak dengan topup celcom + maxis = RM30 jee duit belanja aku haiyaaa ^◕╭╮◕^ Tu lah padahnyaa bila budak sekolah dah pakai banyak sangat nombor telefon ni huaaaa . Aku pakai 3 number sekarang ni . Dua number celcom , satu number maxis . Tapi kesiannn ~ Handphone nya ada dua je wkwkwk . Takpe takpe In Sha Allah bakal menjadi tiga handphone aku nanti heww =D So semua number boleh on . Dan makin pokai lah aku nak topup sekali satu lagi nombor tuh . ABAH , NAIK KAN LAH GAJI SEMPENA TAHUN BARU 2013 NI hehehe Godik ehh ._. Oh kay laaa chow dulu BYE !
#FIZIK , KIMIA , ADDMATH , BIOLOGY AND OTHERS SANGAT MEMBUAT DIRI KU MENJADI TIDAK TENTU ARAH ! OH TIDAKKKKKKKKKKK !!!!!!!!!!

Thanks spend your time here . Do follow and leave a tag ;)

01 January 2013

Segmen: cer teka cer teka !




1) Diana Amir !
2) Hanes suraya *betol ke eja nya ?*
3) Almy Nadia ! huuu
4) Yatt
5) Fara Fauzana [FAFAU]
6) Bro Aqasha
7) Awal Ashaari
8) Jehan 'miskin' alahaiiii
9) Nazim Othman [NO]

Huuuu Join segmen lagii . Ni taip nak cepat jee . Nak teka pun merangkak rangkak haha ! Muka nya dah tak rupa muka dah adoii . Hope aku dalam kalangan 30 orang terawal kiheee bye !


Thanks spend your time here . Do follow and leave a tag ;)

Happy New Year 2013 !


Huhaiyyy ! Today 1/January/2013 . Whoaaa. Macam tak percaya aku dah berumur 16 tahun yang tak berapa nak cukup . Jyeahhhhh dan bila dah naik sekolah nanti , aku adalah SENIOR okay . *angkat.kening* Adik-2 yang tingkatan 1 , 2 dan 3 ! Tolong jangan buli aku dan jangan menjeling aku lagi dekat sekolah . Aku dah form 4 taw *walaupun.pendek* kiheeee !

Tahun baru ni for sure most of people pun BERAZAM baru . ! Apa azam baru korang ? taknak share ? hihi . For me , setiap tahun baru azam aku yang sama je . " Jadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik " eh macam mana tu ? Alahhh ! Faham-2 sendiri la ehh :* Ohmaigad ohmaigad ohmaigad ! Aku tak berapa nak gembira tahun baru ni . Why ? okay sebab tak lama je lagi SPM dah .! Next year tuhhh . I need more focus from now on . Aku taknak jadi macam tahun lepas PMR . *lepas.lah.sangat* Gara-2 masa tingkatan 1 aku belajar chennnchayyyyy , akhirnya keputusan PMR pun ____________ !

So, start form 4 ni aku kena belajar dengan bersungguh-sungguh ! cehhh semangat terlebih tu . Bulan February nanti , keputusan permohonan ke MRSM keluar . Ya Allah , mintak-2 lahh aku dapat masuk MRSM dengan keputusan aku yang tak seberapa tu . Aku mohon MRSM Tawau wuhaiyyy :P Erghh Bila aku baca status-2 facebook budak SBP Integrasi Jempol , aku rasa jeles ! ._. aku nak masuk asrama balik ! Aku rasa keputusan yang aku buat 3 tahun lepas untuk lari diri dari asrama tu memang tersangat laa tak patut ! So , masih ada lagi kah peluang untuk aku menjadi pelajar asrama ? masih ada lagi kahh ? 


Banyak-2 celoteh pun bukan korang nak baca ! haha penat tangan aku menaip je . kiheee . Okay uolls ! 

HAPPY NEW YEAR 2013 !

Thanks spend your time here . Do follow and leave a tag ;)