22 October 2017

LELAKI? BOLEH PERCAYA KE?


Halooo wassup!!!! Why am I suddenly buka topic pasal lelaki ni? OPSS before that I am not being bias or being feminism okay. Kalau anda lelaki sejati jangan triggered! kahkah..

KENAPA DENGAN LELAKI? APA YANG BOLEH PERCAYA KE TAK NI?

Well. If you are an active twitter user, ofcourse korang punya tweetland sekarang akan dibanjiri dengan jenis-jenis tweet yang sounds like "1000 RTs untuk boyfriend saya stop smoking" and blablabla. Bukan satu dua orang wanita yang kononnya nak cuba menjadi 'penyelamat' buat sang boyfriend. Ramai okay. Hahhhhh ni yang aku nak open post sikit.

Duhai wanita sekalian. Did yougais really trust your boyfriend??????? Korang rasa lelaki akan sanggup ke tinggalkan rokok mereka untuk korang? Mungkin ada yang sanggup berbuat demikian. TAPI mungkin hanya 10% sahaja. Pernah tak terfikir, kalau diorang sendiri tak sayangkan diri diorang(merokok) which means membahayakan kesihatan mereka sendiri, so siapa kau yang dia nak obey sangat dengan kata-kata kau???? haaa gituw! Apa diri anda sebagai girlfriend lagi penting ke dari nyawa mereka sendiri? Kah kah kah mari kita ketawa berjemaah.

Korang faham tak ni apa aku cuba sampaikan? Untuk sang lelaki berhenti merokok tu bukanlah terletak pada nilai dan jumlah RTs yang sang girlfriend kutip tu. Tapi its all depend on themselves. Kalau diri sendiri takde kesedaran nak berhenti, sia-sia je kau jadi batak dok meraih beribu RTs untuk orang yang tak kesah pun pasal nyawa sendiri. Tahu kan sia-sia tu apa?

Mungkin ada yang berjanji bersumpah akan berhenti kalau nilai RTs nya mencecah target. TAPI boleh percaya ke janji lelaki tu? HAHHHH sedangkan orang bercinta yang berjanji kononnnya nak setia sampai ke mati pun last-last di curangi, inikan pula janji rokok tu. Boleh buat bahan lawak je la kak oiiiiii! Depan awak "I dah berhenti merokok cuba lah cium I kan bau kasturi ni" HAKTUIH! Cuba kalau dah si lelaki duduk melepak dengan member-member, tak ke bisikan iblis itu lagi dahsyat dari janji yang telah terpatri? Hahaha.

Maka, boleh tak buat kesimpulan sendiri dari apa yang aku cuba sampaikan ni? Ke masih tak paham? To summarize, jangan percaya sangat dengan janji yang telah di ukir kerana tak mustahil ia mampu di mungkiri. Sekian sahaja.

Jom study hari selasa ada test! BOIIIIIIII :D




Thanks spend your time here . Do follow and leave a tag ;)

11 June 2017

Learn How To Appreciate


Tak kesahlah siapa pun yang datang dalam hidup kita, kekal atau sementara. Hargai mereka.

Tak kesahlah apa pun pemberian orang pada kau, murah atau mahal. Hargai pemberian itu.

Susah ke untuk kau menghargai? Aku tak mintak kau buat banyak untuk kau hargai sesuatu tu. Kalau member/family kau. Cukup lah kau ada dengan diorang waktu susah senang diorang. Jangan bila kau senang kau lupa diorang, bila kau susah kau cari. Hargai ke tu? Kau jangan assume semua orang boleh terima bila kau buat macam tu dekat orang. Kadang-2 manusia ni cuma taknak kau buat diorang ni macam tempat hilang bosan. Jadikan mereka sebagai orang yang kau akan create kenangan sama-2, bahagia sama-2, sedih sama-2.

Kalau hadiah, hargai lah dengan ucapan terima kasih dan kau simpan elok2 barang tu atau kau pakai barang tu. Bukan bila dapat barang yang kau rasa 'murah', kau be like "hekeleh setakat benda ni aku boleh beli sendiri lah". People, learn to appreciate. Kau tak tahu kesusahan dia kumpul duit nak beli hadiah 'murah' tu untuk kau :) . Bukannya mintak kau post dekat twitter, instagram pun bagi semuaorang tahu. Tak bukan tu yang diperlukan untuk rasa di hargai.
"Tapi bila aku stress, bila aku down, takde siapa ada dengan aku"
Cuba tanya diri sendiri. Masa kau bahagia, kau ada dengan mereka tak? Atau bila tengah bahagia kau dengan orang lain, bila dah bersedih mengharapkan orang lain ada bersama kau? Hahaha kelakar kan.

Benda ni pernah terjadi dekat aku. Dulu aku ada sorang member, lelaki. Bila sedih aku cari dia, bila bahagia aku cari dia. Aku cerita semua benda kat dia. Yes, almost everything. Dia pun sama. Tapi sampai satu masa, dia jumpa 'orang lain' yang mampu dengar segala luahan dia, rasa hati dia. Dia dah jumpa 'someone special', apa jadi kat aku? Haha dia tinggal aku macam tu je :). Aku terus hilang orang yang aku sayang, yang aku percaya, yang aku boleh cerita segala macam benda dengan dia. 

Aku bukannya mengharap dia anggap aku macam girlfriend, tak. Memang tak pernah terlintas pun aku akan simpan perasaan kat dia. Aku anggap dia as my bestfriend. Tapi sekelip mata aku hilang dia. Apa rasa dia bila jadi benda ni kat diri kau? Sakit kan? Yes its hurt me so much.

Sebabtu, aku tak suka bila orang tak pandai nak hargai kawan baik, kawan, family or sesiapa je lah. Sebab aku dah pernah rasa macam mana sakit dia. Maafkan aku kalau 'kawan lama' aku terbaca post ni dan terasa hati. Bye, selamat berpuasa!


Thanks spend your time here . Do follow and leave a tag ;)

11 April 2017

April !


Pejam celik pejam celik eh dah bulan 4 laaa. Nasib baik celik takut pejam tak celik-celik pulak. kahkah! Tak lama dah ni nak habis sem 2 aduh terasa dah tua. Yet still feeling young, act silly in public but at least I be myself lol. 

Pernah kenal manusia A C A H ?

Acah tu apa? alaaa dia lebih kurang bajet-2 cool gitu. Haaaa dalam dunia ni ada banyak jenis manusia aku tak suka (lel macam orang suka kau pompuan!) hehe. And salah satu species aku tak suka is manusia yang acah. Acah handsome, acah ayu, acah baik, acah memang semua acah aku benci. Bukan nak cakap apa lah kan, cuba lah jadi manusia tu jangan hipokrit!!!

Kadang orang hipokrit ni buat aku rasa meluat rasa nak terajang! (eh apehal sis emo ni?) Hiks! Bayangkan lah depan lecturer depan, depan acik cafe, depan pak guard, depan aku baikkkkkk budi pekerti nya. First class kateko! Tapi bila belakang hmmzzz sama je setan nya tu dengan aku.

WOI MENGAKU DIRI SETAN KE ALEEZA? Hahaha. Yelah aku mengaku aku ni perangai tak lah macam malaikat. Aku memang jahat sebabtu aku tak suka jadi hipokrit dan tak suka manusia hipokrit, Allergic you know? Cuba. Cuba okay cuba jadi diri sendiri. Tak perlu nak susah-2 kan diri nak berlakon jadi orang lain. eh susah-2 je lah kau berlakon, takde sape nak bayar gaji ko!

Laaaaaaaaaaagi satu! Kenapa mesti nak rasa diri tu perfect sangat? Kenapa mesti nak pandang sampah kat orang yang macam aku (yang tak berapa nak baik ni). Memang kalau kau dah sempurna dalam menutup aurat tu, kau rasa dah cukup sempurna. Eh yes maybe sempurna fizikal kau, tapi rohani kau? Tepuk punggung, teruskan kentut :)

Dulu (2010,2011) aku pernah bertudung labuh, sentiasa ber-tracksuit, berhandsock dan berstokin. Tapi at the same time, aku punya kelakuan dan sifat dalaman aku tak selari dengan pemakaian aku. Habistu kenapa taknak ubah dalaman instead of kau ubah pemakaian kau yang sekarang? Hmm pernah ada orang tanya kat aku..

"Kenapa kau tak macam dulu? Mana pergi semua tu?

Susah soalan ni nak jawab. Tapi pokok pangkal nya tu semua terletak kat hati. Nak cerita tapi nanti macam buka pekung di dada. Kan? Takpe lah bila dah ada jawapan yang pasti, aku jawab soalan ni. Tapi aku yang sekarang tengah cuba nak cari balik diri aku. Cari dan gali diri sebenar aku dan aku harap aku tak jumpa 'diri orang lain'. Takut kalau terbenci diri sendiri sebab berlaku hipokrit to myself. 

Selamat Malam.

Aleeza,12:13 am.

Thanks spend your time here . Do follow and leave a tag ;)

14 February 2017

NEW SEMESTER


Bismillah. Haaaaa tu diaaaa new semester bak hang. Makanya 11 February 2017, berakhirlah cuti semester 1 aku selama sebulan. "Apa je kau buat Jaa cuti sebulan?" .. Hehehe tanya aku buat apa? Seorang Aleeza tak mungkin lah belajar memasak haha. Aku ada lah kerja ambil upah buat project orang sediakan flyers, slide, so on.. Boleh lah cari duit buat bayar bil telefon sikit :P .. The rest of the days? Haaaaaa aku siapkan ambil lesen motor aku yang dah tergendala sejak bulan Julai 2016 fuhh fuhh!!!

Amacam lesen? Alhamdulillah. Dah berjaya lulus motor dengan sekali percubaan. Cuak gilaaa masa lalu titian as-sirat (gurau) hihi.. Sebab sebelum ni kalau belajar motor for the first round lalu titi mesti jatuh. TAK PERNAH TAK JATUH. Masa hari kejadian ujian JPJ tu aku bersyukur sungguh! Maka secara rasminya, aku dah ada lesen motor kereta (B2 and D) YEAYYYYYY! *over*

Tak sah kalau tak baking cake kalau cuti panjang! Mesti punya nak membaking. GOD I LOVE BAKING SO MUCH! haha percubaan pertama aku, buat puding karamel, puding roti, congo bars, last but not least Oreo Cheese Cake ! This one memang aku puas hati sangat dengan air tangan sendiri. Resepi aku mintak dari one of my classmate (adriana). Thankyou! Nak rasa? maka boleh lah buat tempahan yee hehehehe..

Dan masa tengah bercuti tu juga lah result final exam semester 1 keluar! HAHAHAHA aku bersyukur dengan result yang aku peroleh. Hmzzz selari dengan usaha aku yang tak nampak usahanya pun! (you know what I meant). At least melepasi target aku which is 3.20 . Aku bukan macam student lain target 4.0, dean list, whatsoever. Bagi aku, biar aku target yang aku rasa semampu diri aku. Untuk 1st semester ni, cukup setakat ni. haha will try to gain more and improve it. InshaAllah :)

N E W    S E M E S T E R    ? ? ? ? MashaAllah boleh pengsan tengok kepadatan jadual. Kalau semester 1 dulu banyak gap, tapi kali ni *geleng kepala* .. Hahaha Tapi takpe, kita cuba tengok dulu mampu tak aku harungi semester baru ni? Nak tahu? Wait for my next entry. Maybe 3 months later hahahahaha Till here ! Goodbye and xoxo :*



Thanks spend your time here . Do follow and leave a tag ;)

14 November 2016

Assignment?


Dulu masa sekolah rendah, I still remember. Aku rasa tak sabar sangat sangat nak habis sekolah sebab kononnya sekolah ni mengongkong, tak bebas macam Universiti life. Tapi sekarang bila aku sendiri yang berada kat Universiti, baru aku faham. Hidup ni tak mudah, tak semua benda kita boleh perolehi dengan sekadar berkata-kata. Aceeeeeewah. Apesal macam formal sangat ni? aduh...

Sekarang aku rasa, aku nak kembali ke alam kanak-2 aku which is my primary school life. Seriously walaupun masa sekolah rendah, kehidupan aku di penuhi dengan penampar cikgu-2, rotan buluh, pembaris kayu, balingan kerusi, hentakan meja. At least semua tu tak mengganggu emosi and mental aku. Faham tak apa aku cuba sampaikan ni? haha

Laiddis, bila dah masuk Universiti ni rasa dia lain sangat. Nak cakap banyak assignment tu, emmm takde lah sangat. Kau kena pandai-pandai hidup lah senang cakap. Kalau kau rasa kau nak berjaya, then kau buat lah tutorial. Kalau kau rasa kau dah hebat, lantak kau lah nak buat apa pun. Gittuw! Jenis aku ni pulak, kena ada orang yang push aku suruh buat itu ini, then aku buat. Kalau tak?

Haaaa jadi lah macam sekarang ni. People busy buat assignment, study pe bagai, aku? Yes I am here updating my blog hahaha! Bukan lah aku tak study langsung, tapi jenis aku ni kalau study, last minute. Jarang lah nak buat early preparation ke apa. Satu lagi hal aku ni, kalau time cuti midsem. Like the previous midsem, naik je cuti lecturer semua bantai buat test itu test ini. 

Hmmmm dapat pulak student jenis aku, kalau cuti memang betul-2 aku memakna kan maksud cuti tu. No assignments, no notes. Just me and my gadgets. Seriously ni memang pesen aku since aku sekolah menengah lagi. Jarang aku nak bukak buku time cuti-2 ni. Prinsip aku, cuti is cuti and belajar is belajar. Tapi kadang-2 dia jadi belajar is main main hehe..

I know perangai seorang student macam aku ni memang teruk, and just dont copy this attitude if miine. Aku still tak mampu nak ubah cara aku belajar, cara nak arrange time semua. Entahlah, kadang-2 aku rasa aku ni macam dalam alam mimpi. Like betul ke aku ni dah degree? Betul ke aku ni ada kat UTM sekarang? Tak bermimpi ke aku ni? 

Aku rasa lost in everything I am done here. Aku hilang seorang Aleeza waktu kat matriks masa sem 2 dulu. Which is aku ada kesedaran diri, aku rajin stayup sampai 3/4 pagi sebab study. Kat UTM? memang lah aku stayup sampai pepagi buta, tapi aku on the phone (OTP) bukan study hehehe. Teruk sangat sangat nih. Kadang-2 penah jugak terfikir, apa nak jadi dengan diri aku ni? Tapi tu semua cuma singgah untuk beberapa saat je dalam kepala otak aku. Then semuanya pergi mengikut arus deras hawa nafsu. cehceh ayat kau!

Aku cuma berharap, aku mampu ubah diri aku. Aku mampu motivate myself. Motivation daripada orang luar dah tak makan dek telinga dah. Rasa kebal macam ada ilmu kebal pulak haha. Okay till here. I wish one day aku mampu menulis kat blog ni tentang kejayaan aku, and not my failures. Thats all, byebye :D

Yang lalai,
Ijaa

Thanks spend your time here . Do follow and leave a tag ;)